Monday, May 14, 2012

BEARING

 PENGENALAN


BERING ANTI GESERAN

Bering mempunyai dua tugas utama didalam aturan kuasanya.

1.   Mengurangkan Geseran.

2.   Menyokong shaf yang berpusing.


Pada  umumnya  bering dibahagikan kepada dua jenis kumpulan ia adalah:

a.   Bering anti geseran.

b.   Bering gelongsor.

Tumpuan utama kita didalam pembelajaran  ini adalah bering anti-geseran dimana  dapat memberikan  sentuhan rola  diantara permukaan yang beralas (lihat rajah 1.)  Didalam bering anti geseran ia mempunyai dua jenis kumpulan  utama ia adalah :

a.   Bebola.

b.   Berola.

c.   Jejarum.





Bearing berola


Bearing bebola

Bearing jejarum








RAJAH 1. - TIGA JENIS BERING ANTI GESERAN.

Kesemua bering bering tersebut diperbuat daripada :-

i.)       Dua  gelang keluli yang dikeraskan ia dipanggil  [1]races.[1]
          rajah 2.
ii.)      Element bebola rola atau jejarum yang bergolek diantara
          kedua dua races.
iii).     Berbagai  pilihan  bentuk [1]cages[1] bagi  memberikan  ruang
          element berguling disekeliling bering.

Bagi setengah setengah bering races dalam dan luar tidak ada atau tiada digunakan langsong. Oleh itu elementnya bergolek secara sentuh terus dengan shaf atau lain  lain tunggangan (seperti didalam kebanyakan bering jejarum.)Apabila kedua dua races  digunakan biasanya  salah  satu   daripadanya digeggaskan  dengan  tetep  atau ditekan  diatas shaf atau didalam lobang (bore), sementara races yang satu  lagi  bebas untuk berpusing bersama sama element berguling. Ini adalah sebahagian daripada ciri ciri  anti  geseran   pada   bering tersebut.